Siri 3 - No. 3 : Himmah dan Qadar
KUPASAN 1
Al-Hikam Pasal
3: Himmah dan Qadar
سَـوَ ابِـقُ الْهِمَمِ لاَ تَخـْرِقُ أَسْوَارَ اْلأَقْدَارِ
"Kekuatan himmah-himmah tidak
akan mampu mengoyak tirai qadar-qadar."
Syarah
Sebagaimana telah dijelaskan dalam Al-Hikam
Pasal 2, himmah adalah sebuah tarikan ke
atas, keinginan menuju Allah, merupakan lawan kata dari syahwat.
Adapun pengertian sawaabiqu (dari akar kata sabaqa)
bermakna kekuatan atau perlombaan—satu akar kata dengan istilah musabaqah.
Pengertiannya adalah bahwa sekalipun seseorang memiliki himmah yang
sangat kuat, namun pencapaian dalam bersuluk itu sudah ditentukan kadarnya,
porsinya, dan waktunya. Segala sesuatu sudah ditentukan takdirnya.
Bersuluk itu pada intinya adalah berserah diri kepada Allah; pencapaian dalam
jalan suluk tidak dapat dipercepat maupun diperlambat.
KUPASAN 2
Al-Hikam Pasal
3
Himmah
dan Qadar
“KEKUATAN TAQDIR”
سَـوَ ابِـقُ الْهِمَمِ لاَ تَخـْرِقُ أَسْوَارَ اْلأَقْدَارِ
"Kekuatan himmah-himmah tidak
akan mampu mengoyak tirai qadar-qadar."
Syarah
Sebagaimana telah dijelaskan
dalam Al-Hikam Pasal 2, himmah adalah sebuah tarikan ke
atas, keinginan menuju Allah, merupakan lawan kata dari syahwat.
Adapun pengertian sawaabiqu (dari akar kata sabaqa)
bermakna kekuatan atau perlombaan—satu akar kata dengan istilah musabaqah.
Pengertiannya adalah bahwa sekalipun seseorang
memiliki himmah yang sangat kuat, namun pencapaian dalam
bersuluk itu sudah ditentukan kadarnya, porsinya, dan waktunya. Segala
sesuatu sudah ditentukan takdirnya. Bersuluk itu pada intinya adalah berserah
diri kepada Allah; pencapaian dalam jalan suluk tidak dapat dipercepat
maupun diperlambat.
kekeramatan atau
kejadian-kejadian yang luar biasa dari seorang wali itu, tidak dapat menembus
keluar dari takdir, maka segala apa yang terjadi semata-mata hanya dengan
takdir Alloh."
Hikmah ini menjadi ta’lil atau
sebab dari hikmah sebelumnya (Iroodatuka tajriid) seakan akan Mushonnif
berkata: Hai murid, keinginan/himmahmu pada sesuatu, itu tidak ada gunanya,
karena himmah yang keras/kuat itu tidak bisa menjadikan apa-apa seperti yang
kau inginkan, apabila tidak ada dan bersamaan dengan taqdir dari Alloh. Jadi
hikmah ini (Sawa-biqul himam) mengandung arti menentramkan hati murid dari
keinginannya yang sangat.
SAWAA-BIQUL HIMAM (keinginan
yang kuat): apabila keluar dari orang-orang sholih/walinya Alloh itu disebut:
Karomah. Apabila keluar dari orang fasiq disebut istidroj/ penghinaan dari
Alloh.
Firman Allah subhanahu
wata’ala: “Dan tidaklah kamu berkehendak, kecuali apa yang
dikehendaki Alloh Tuhan yang mengatur alam semesta.” [At-Takwir 29]. “Dan
tidaklah kamu menghendaki kecuali apa yang dikehendaki oleh Alloh, sungguh
Alloh maha mengetahui, maha bijaksana.” [QS. Al-Insaan 30].
KUPASAN 3
3. Keteguhan Benteng Takdir
KEKUATAN SEMANGAT (AZAM, CITA-CITA,
IKHTIAR)
TIDAK BERUPAYA MEMECAHKAN BENTENG
TAKDIR.
Kalam Hikmat yang pertama menyentuh
tentang hakikat amal yang
membawa kepada pengertian tentang amal
zahir dan amal batin. Ia
mengajak kita memerhatikan amal batin
(suasana hati) berhubung
dengan amal zahir yang kita lakukan.
Sebagai manusia biasa hati kita
cenderung untuk menaruh harapan
dan meletakkan pergantungan kepada
keberkesanan amal zahir.
Hikmat kedua memperjelaskan
mengenainya dengan membuka
pandangan kita kepada suasana
asbab dan tajrid.
Bersandar kepada amal
terjadi kerana seseorang itu melihat kepada
keberkesanan sebab
dalam melahirkan akibat. Apabila terlepas
daripada waham sebab musabab
baharulah seseorang itu masuk
kepada suasana tajrid.
Dua Hikmat yang lalu telah memberi
pendidikan yang halus kepada
jiwa. Seseorang itu mendapat kefahaman
bahawa bersandar kepada
amal bukanlah jalannya. Pengertian yang
demikian melahirkan
kecenderungan untuk menyerah
bulat-bulat kepada Allah s.w.t.
Sikap menyerah tanpa persediaan
kerohanian boleh
menggoncangkan iman. Agar orang
yang sedang meninggi semangatnya
tidak terkeliru memilih jalan, dia
diberi pengertian mengenai
kedudukan asbab dan tajrid.
Pemahaman tentang makam asbab dan
tajrid membuat
seseorang mendidik jiwanya agar
menyerah kepada Allah s.w.t
dengan cara yang betul dan selamat
bukan menyerah dengan cara
yang melulu.
Hikmat ke tiga ini pula mengajak kita
merenung kepada kekuatan
benteng takdir yang memagar segala
sesuatu. Ketika membincangkan
tentang ahli tajrid, kita dapati ahli
tajrid melihat kepada kekuasaan
Tuhan yang meletakkan
keberkesanan kepada sesuatu sebab dan
menetapkannya dalam melahirkan akibat.
Ini bermakna semua kejadian dan segala
hukum mengenai sesuatu
perkara berada di dalam pentadbiran
Allah s.w.t. Dia yang
menguasai, mengatur dan mengurus setiap
makhluk-Nya. Urusan
ketuhanan yang menguasai, mengatur dan
mengurus atau suasana
pentadbiran Allah s.w.t itu dinamakan
takdir.
Tidak ada sesuatu yang tidak dikuasai,
diatur dan diurus oleh Allah
s.w.t. Oleh itu tidak ada sesuatu yang
tidak termasuk di dalam
takdir. Manusia terhijab daripada memandang
kepada takdir kerana
waham sebab musabab. Kedirian seseorang
menjadi alat sebab
musabab yang paling berkesan menghijab
pandangan hati daripada
melihat kepada takdir.
Keinginan, cita-cita, angan-angan,
semangat, akal fikiran dan usaha
menutupi hati daripada melihat kepada
kekuasaan, aturan dan
urusan Tuhan. Hijab kedirian itu jika
disimpulkan ia boleh dilihat
sebagai hijab nafsu dan hijab akal.
Nafsu yang melahirkan
keinginan, cita-cita, angan-angan dan
semangat.
Akal menjadi tentera nafsu,
menimbang, merancang dan
mengadakan usaha dalam menjayakan
apa yang dicetuskan oleh nafsu.
Jika nafsu inginkan sesuatu yang
baik, akal bergerak kepada
kebaikan itu. Jika nafsu inginkan
sesuatu yang buruk, akal itu
juga yang bergerak kepada
keburukan.
Dalam banyak perkara akal tunduk
kepada arahan nafsu, bukan
menjadi penasihat nafsu. Oleh sebab
itulah di dalam menundukkan
nafsu tidak boleh meminta pertolongan
akal.
Dalam proses memperolehi penyerahan
secara menyeluruh kepada
Allah s.w.t terlebih dahulu akal dan
nafsu perlu ditundukkan kepada
kekuatan takdir. Akal mesti mengakui
kelemahannya di dalam
membuka simpulan takdir.
Nafsu mesti menerima
hakikat kelemahan akal dalam perkara tersebut
dan ikut tunduk bersama-samanya. Bila
nafsu dan akal sudah tunduk
baharulah hati boleh beriman
dengan sebenarnya kepada takdir.
Beriman kepada takdir seharusnya
melahirkan penyerahan secara
berpengetahuan bukan menyerah
kepada kejahilan.
Orang yang jahil tentang hukum dan perjalanan
takdir tidak dapat
berserah diri dengan
sebenarnya kepada Allah s.w.t kerana disebalik
kejahilannya itulah nafsu
akan menggunakan akal untuk menimbulkan
keraguan terhadap Allah s.w.t.
Rohani orang yang jahil dengan hakikat
takdir itu masih terikat dengan sifat-sifat kemanusiaan biasa. Dia masih
melihat bahawa makhluk boleh
mendatangkan kesan kepada
kehidupannya. Tindakan orang lain
dan kejadian-kejadian sering
mengacau jiwanya.
Keadaan yang demikian
menyebabkan dia tidak dapat bertahan untuk
terus berserah diri kepada
Tuhan. Sekiranya dia memahami tentang
hukum dan peraturan Tuhan dalam
perkara takdir tentu dia dapat
bertahan dengan iman.
Hadis menceritakan tentang takdir:
Seorangَ lelaki bertanya kepada Rasulullah
s.a.w.
“Wahai Rasulullah, apakah iman?” Jawab
Rasulullah s.a.w,
“Engkau beriman kepada Allah,
malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitabNya,
Rasul-rasulNya dan Hari Kemudian. Juga
engkau beriman dengan
Qadar baiknya, buruknya, manisnya dan
pahitnya adalah dari
Allah s.w.t”.| { Maksud Hadis }
Pandangan kita sering keliru dalam
memandang kepada takdir yang
berlaku. Kita dikelirukan oleh
istilah-istilah yang biasa kita dengar
Kita cenderung untuk merasakan seolah-olah
Allah s.w.t hanya
menentukan yang asas sahaja sementara
yang halus-halus
ditentukan-Nya kemudian iaitu
seolah-olah Dia Melihat dan
Mengkaji perkara yang berbangkit
baharulah Dia membuat
keputusan.
Kita merasakan apabila kita berjuang dengan
semangat
yang gigih untuk mengubah perkara dasar
yang telah Allah s.w.t
tetapkan dan Dia Melihat kegigihan kita
itu dan bersimpati dengan
kita lalu Dia pun membuat ketentuan
baharu supaya terlaksana
takdir baharu yang sesuai dengan
perjuangan kita.
Kita merasakan kehendak dan tadbir
kita berada di hadapan
sementara Kehendak dan Tadbir
Allah s.w.t mengikut di belakang.
Anggapan dan perasaan yang
demikian boleh membawa kepada
kesesatan dan kederhakaan yang besar
kerana kita meletakkan diri kita
pada taraf Tuhan dan Tuhan pula
kita letakkan pada taraf hamba
yang menurut telunjuk kita.
Bagi menjauhkan diri daripada kesesatan
dan kederhakaan yang
besar itu kita perlu sangat memahami
soal sunnatullah atau ketentuan
Allah s.w.t. Segala kejadian
berlaku menurut ketentuan dan pentadbiran
Allah s.w.t. Tidak ada
yang berlaku secara kebetulan.
Ilmu Allah s.w.t meliputi yang awal
dan yang akhir, yang azali dan yang abadi.
Apa yang dizahirkan dan apa yang
terjadi telah ada pada Ilmu-Nya.
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala
bencana) yang ditimpakan
di bumi, dan tidak juga yang menimpa
diri kamu, melainkan telah
sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan
Kami) sebelum Kami
menjadikannya; sesungguhnya yang
demikian itu adalah mudah
bagi Allah.| (Ayat 22 : Surah al-Hadiid)
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah
kelebihan) Tuhan yang
menguasai pemerintahan (dunia dan
akhirat); dan memanglah Ia
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;| - ( Ayat 1 : Surah al-Mulk )
Dan Yang telah mengatur (keadaan
makhluk-makhluk-Nya) serta
memberikan hidayah petunjuk (ke jalan
keselamatannya dan
kesempurnaannya);| ( Ayat 3 : Surah al-A’laa)
Dan Kami jadikan bumi memancarkan
mataair-mataair (di sana
sini), lalu bertemulah air (langit dan
bumi) itu untuk (melakukan)
satu perkara yang telah ditetapkan.| ( Ayat 12 : Surah al-Qamar )
Segala perkara, tidak kira apa istilah
yang digunakan, adalah
termasuk dalam ketentuan Allah s.w.t.
Apa yang kita istilahkan
sebagai perjuangan, ikhtiar, doa,
kekeramatan, mukjizat dan lain-
lain semuanya adalah ketentuan Allah
s.w.t.
Pagar takdir mengelilingi
segala-galanya dan tidak ada sebesar
zarah pun yang mampu menembusi
benteng takdir yang maha teguh.
Tidak terjadi perjuangan dan
ikhtiar melainkan perjuangan dan
ikhtiar tersebut telah ada dalam
pagar takdir.
Tidak berdoa orang yang berdoa melainkan
halnya berdoa itu
adalah takdir untuknya yang
sesuai dengan ketentuan Allah s.w.t untuknya.
Perkara yang didoakan juga tidak
lari daripada sempadan ketentuan
Allah s.w.t. Tidak
berlaku kekeramatan dan mukjizat melainkan kekeramatan
dan mukjizat itu adalah takdir
yang tidak menyimpang daripada
pentadbiran Allah s.w.t.
Tidak menghirup satu nafas atau
berdenyut satu nadi melainkan
ianya adalah takdir yang menzahirkan
urusan Allah s.w.t pada azali.
Kami datang dari Allah dan kepada Allah
kami kembali.
Segala perkara datangnya dari Allah
s.w.t atau Dia yang
mengadakan ketentuan tanpa campurtangan
sesiapa pun.
Segala perkara kembali kepada-Nya
kerana Dialah yang mempastikan
hukum ketentuan-Nya terlaksana tanpa
sesiapa pun mampu
menyekat urusan-Nya. Apabila sudah
difahami bahawa usaha,
ikhtiar, menyerah diri dan segala-galanya
adalah takdir yang
menurut ketentuan Allah s.w.t, maka
seseorang itu tidak lagi berasa
bingung sama ada mahu berikhtiar atau
menyerah diri.
Ikhtiar dan berserah diri
sama-sama berada di dalam pagar takdir.
Jika seseorang menyedari makamnya sama
ada asbab atau tajrid
maka dia hanya perlu bertindak sesuai
dengan makamnya. Ahli
asbab perlu berusaha dengan gigih
menurut keadaan hukum sebab-
akibat.
Apa juga hasil yang muncul dari usahanya
diterimanya dengan senang hati
kerana dia tahu hasil itu juga adalah
takdir yang ditadbir oleh Allah s.w.t.
Jika hasilnya baik dia akan
bersyukur kerana dia tahu bahawa kebaikan
itu datangnya dari Allah s.w.t.
Jika tidak ada ketentuan baik untuknya
nescaya tidak mungkin dia
mendapat kebaikan. Jika hasil yang
buruk pula sampai kepadanya
dia akan bersabar kerana dia tahu apa
yang datang kepadanya itu
adalah menurut ketentuan Allah bukan
tunduk kepada usaha dan
ikhtiarnya.
Walaupun hasil yang tidak sesuai dengan
seleranya datang kepadanya
tetapi usaha baik yang dilakukannya
tetap diberi pahala dan keberkatan
oleh Allah s.w.t sekiranya dia bersabar
dan rela dengan apa juga takdir
yang sampai kepadanya itu.
Ahli tajrid pula hendaklah reda dengan
suasana kehidupannya dan
tetap yakin dengan jaminan Allah s.w.t.
Dia tidak harus merungut
jika terjadi kekurangan pada rezekinya
atau kesusahan
menimpanya. Suasana kehidupannya adalah
takdir yang sesuai
dengan apa yang Allah s.w.t tentukan.
Rezeki yang sampai kepadanya
adalah juga ketentuan Allah s.w.t.
Jika terjadi kekurangan atau
kesusahan maka ia juga masih lagi
di dalam pagar takdir yang
ditentukan oleh Allah s.w.t. Begitu juga
jika terjadi keberkatan dan
kekeramatan pada dirinya dia harus melihat itu
sebagai takdir yang menjadi
bahagiannya.
Persoalan takdir berkait rapat
dengan persoalan hakikat.
Hakikat membawa pandangan daripada yang
banyak kepada yang
satu. Perhatikan kepada sebiji benih
kacang. Setelah ditanam benih
yang kecil itu akan tumbuh dengan
sempurna, mengeluarkan
beberapa banyak buah kacang. Buah
kacang tersebut dijadikan pula
benih untuk menumbuhkan pokok-pokok
kacang yang lain.
Begitulah seterusnya sehingga kacang
yang bermula dari satu biji
benih menjadi jutaan juta kacang.
Kacang yang sejuta tidak ada
bezanya dengan kacang yang pertama.
Benih kacang yang pertama
itu bukan sahaja berkemampuan untuk
menjadi sebatang pokok
kacang, malah ia mampu mengeluarkan
semua generasi kacang
sehingga hari kiamat. Ia hanya boleh
mengeluarkan kacang, tidak
benda lain. Kajian akal boleh
memperakui bahawa semua kacang
mempunyai zat yang sama, iaitu zat
kacang.
Zat kacang pada benih pertama serupa
dengan zat kacang pada
yang ke satu juta malah ia adalah
zat yang sama atau yang satu.
Zat kacang yang satu
itulah ‘bergerak’ pada semua kacang,
mempastikan yang kacang
akan menjadi kacang, tidak menjadi benda lain.
Walaupun diperakui kewujudan zat
kacang yang mengawal pertumbuhan
kacang namun, zat kacang itu tidak
mungkin ditemui pada mana-mana
kacang. Ia tidak berupa dan tidak
mendiami mana-mana kacang,
tetapi ia tidak berpisah dengan
mana-mana kacang. Tanpanya tidak mungkin
ada kewujudan kacang.
Zat kacang ini dinamakan “Hakikat
Kacang”. Ia adalah suasana ketuhanan
yang mentadbir dan mengawal
seluruh pertumbuhan kacang dari permulaan
hingga kesudahan, sampai ke hari
kiamat. Hakikat Kacang inilah suasana
pentadbiran Allah s.w.t yang Dia
telah tentukan untuk semua kejadian kacang.
Apa sahaja yang dikuasai oleh
Hakikat Kacang tidak ada pilihan kecuali
menjadi kacang.
Suasana pentadbiran Allah s.w.t yang
mentadbir dan mengawal
kewujudan keturunan manusia pula
dinamakan “Hakikat Manusia”
atau “Hakikat Insan”. Allah s.w.t telah
menciptakan manusia yang
pertama, iaitu Adam a.s menurut Hakikat
Insan yang ada pada sisi-
Nya. Pada kejadian Adam a.s itu telah
disimpankan bakat dan
keupayaan untuk melahirkan semua
keturunan manusia sehingga
hari kiamat.
Manusia akan tetap melahirkan manusia
kerana hakikat yang
menguasainya adalah Hakikat Manusia.
Pada Hakikat Manusia itu
ada hakikat yang menguasai satu
individu manusia dan
hubungkaitnya dengan segala kejadian
alam yang lain. Seorang
manusia yang berhakikatkan “Hakikat
Nabi” pasti menjadi nabi.
Seorang manusia yang berhakikatkan
“Hakikat Wali” pasti akan
menjadi wali.
Suasana pentadbiran Allah s.w.t atau
hakikat itu
menguasai roh yang berkaitan dengannya.
Roh bekerja
mempamerkan segala maklumat yang ada
dengan hakikat yang
menguasainya. Kerja roh adalah
menjalankan urusan Allah s.w.t
iaitu menyatakan hakikat yang ada pada
sisi Allah s.w.t.
Dan katakan: “ Roh itu dari perkara
urusan Tuhanku”.|
( Ayat 85 : Surah Al-Israa’ )
Pentadbiran Allah s.w.t menguasai roh
dan mengheret roh kepada
mempamerkan ketentuan-Nya yang berada
pada azali. Allah s.w.t
telah menentukan hakikat sesuatu sejak
azali lagi. Tidak ada
perubahan pada ketentuan Allah s.w.t.
Segala sesuatu dikawal oleh
hakikat yang pada sisi Allah s.w.t.
Unta tidak boleh meminta
menjadi kambing. Beruk tidak boleh
meminta menjadi manusia.
Manusia tidak boleh meminta menjadi
malaikat. Segala ketentuan
telah diputuskan oleh Allah s.w.t.