4.10.26 - Membimbing Pasangan - Ustaz Mohd Elyas Ismail
4.10.26 - Membimbing Pasangan - Ustaz Mohd Elyas Ismail
Usaha membimbing dan mendidik pasangan merupakan amanah dalam kepimpinan rumah tangga yang memerlukan kesabaran, kebijaksanaan dan keikhlasan yang berterusan. Dalam Islam, ikhtiar untuk membentuk keluarga yang harmoni perlu disertai pergantungan kepada hidayah dan pertolongan Allah SWT. Berpandukan ibrah daripada Al-Quran serta kefahaman para ulama, penyucian akhlak, pemantapan ibadah dan pembentukan persekitaran yang baik menjadi asas dalam membina keharmonian keluarga, sekali gus mengubah cabaran rumah tangga menjadi jalan menuju rahmat dan keberkatan.
3.10.26 - Apabila Dunia Menekan - Ustaz Dr. Hafiz Haneefa
Ramai dalam kalangan kita, khususnya orang dewasa yang berdepan tekanan keluarga, pekerjaan, kewangan, konflik sosial atau individu yang lebih berkuasa, pernah merasa terlalu lemah untuk melawan keadaan. Ada yang memilih diam kerana takut kehilangan pekerjaan, terus bertahan dalam keadaan yang menzalimi diri atau terlalu memikirkan pandangan manusia sehingga mengorbankan prinsip. Al-Quran mengajar bahawa kekuatan manusia terbatas, sedangkan kekuasaan Allah SWT tiada batasnya.
2.10.26 - Berpegang Pada Kalam-Nya - Ustaz Mohd Azli Abdullah
Topik yang mengajak kita memahami bahawa Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk dihayati dan dijadikan panduan hidup. Surah al-Haqqah ayat 38-43 menegaskan bahawa Al-Quran adalah Kalam Allah, bukan kata-kata manusia. Dalam dunia hari ini yang dipenuhi pelbagai suara, Al-Quran menjadi panduan untuk kita membezakan yang benar dan yang salah, serta membentuk cara kita berfikir dan bertindak dalam kehidupan seharian
1.10.26 - Fitnah Perhiasan Dunia - Ustaz Amin Badron Hisham
Kehidupan dunia sering kali menyilaukan pandangan manusia dengan manifestasi kesenangan dan perhiasan sementara sehingga alpa terhadap matlamat hakiki kewujudan di alam fana ini. Menerusi kerangka penyucian jiwa (tazkiyatun nafs) dan kefahaman terhadap celaan dunia (zam al-dunya), Islam mengajar kita agar tidak menjadikan kemewahan mahupun kedudukan sebagai gantung cita-cita utama yang menguasai sanubari. Dengan meletakkan dunia sekadar di genggaman tangan untuk tujuan bekalan ibadah dan bukannya bertakhta di dalam hati, jiwa manusia mampu dibebaskan daripada perhambaan nafsu serta kelalaian