Thursday, April 5, 2012

MUQADDIMAH


MUQADDIMAH

Sesungguhnya menuntut ilmu itu merupakan satu perkara yang wajib bagi setiap orang Islam.

Firman Allah SWT :


Tetapi orang-orang yang teguh serta mendalam ilmu pengetahuannya di antara mereka dan orang-orang yang beriman, sekaliannya beriman dengan apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran), dan kepada apa yang telah diturunkan dahulu daripadamu, - khasnya orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan orang-orang yang menunaikan zakat, serta yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; mereka itulah yang Kami akan berikan kepadanya pahala (balasan) yang amat besar.

(An-Nisaa' 4:162)

Firman Allah SWT :

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalampengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

(A-li'Imraan 3:7)


Firman Allah SWT :


Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmupengetahuanNya.

(Al-Baqarah 2:261)

Rasulullah SAW bersabda:

" Ulama adalah pewaris para ambiya. "

" Manusia yang terutama adalah orang mukmin yang alim, jika diperlukan dia memberi manfaat; jika tidak diperlukan, dia pun kaya dengan diri nya sendiri. "

" Kebinasaan umatku terletak pada dua hal; meninggalkan ilmu dan mengumpulkan harta. "

" Jadilah orang alim, atau belajar, atau pendengar, atau pula pencinta. Jangan jadi yang kelima, iaitu pembenci. Maka kau akan binasa. "


Sheikh Abdul Qadir Jailani

Part 1








Wali Songo ( Wali Sembilan )




Wali Songo ( Wali Sembilan )







Filem Wali Songo Siri 1/5

- Episode 2 - Episode 13 - Episode 24

Filem Wali Songo Siri 2/5


Filem Wali Songo Siri 3/5


Filem Wali Songo Siri 4/5

Filem Wali Songo Siri 5/5