Monday, January 26, 2026

Ustaz Dr Mat Rofa

                                                                                                                                                         Isi Kandungan



 Ustaz Dr Mat Rofa 



🔻LIVE🔻25 Jan26 Ustaz Dr Mat Rofa Ismail

250126 , Teknologi Iran Lebih Maju Dari Amerika

230126 ,Tahun yang mencabar 2026, Kerosakan semakin nyata, Nasib bumi Syam







                                                         Isi Kandungan












Sunday, January 4, 2026

Tanya lah Ustaz 2026

                                                                                                    Isi Kandungan




 Tanya lah Ustaz 2026





Tanya Lah Ustaz - Jan 2026









                                                                                                   Isi Kandungan










Saturday, January 3, 2026

Tanya lah Ustaz - Jan 2026

                                                                                                     Isi Kandungan



 Tanya lah Ustaz 
- Jan 2026









Ramai manusia mengejar banyak, tetapi tidak semua merasa cukup. Ada yang rezekinya luas, namun hidup tetap sempit dan geloisah. Di sinilah kita mula memahami bahawa yang kita perlukan bukan sekadar banyak, tetapi berkat. Firman Allah: “Dan sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya Kami akan bukakan kepada mereka keberkatan dri langit dan bumi.” (Surah Al-A’raf:96) Bagaimana sesuatu yang sedikit boleh mencukupi, yang sederhana terasa menenangkan, dan yang biasa menjadi luar biasa apabila Allah ketakkan barakah padanya. Berkat hadir apabila hidup disusun dengan iman, syukur, kejujuran dan ketaatan, bukan semata-mata angka dan pencapaian.



Syaitan tidak masuk ke hati manusia secara tiba-tiba, tetapi melalui laluan yang halus dan berperingkat. Ia bermula dengan bisikan kecil, kelalaian terhadap ibadah, mengikut hawa nafsu serta rasa bangga diri. Apabila hati dibiarkan kosong daripada zikrullah, laluan itu semakin terbuka luas. Memahami bagaimana syaitan bekerja membantu kita lebih berhati-hati menjaga hati, memperbaiki amalan dan sentiasa memohon perlindungan Allah agar iman terus terpelihara.



Surah An-Nur membimbing umat Islam membina sebuah rumah yang bukan sekadar tempat berteduh, tetapi ruang suburnya iman, adab dan ketenangan yang diredai Allah. Dengan penekanan terhadap nilai-nilai Islam, surah ini menjadi panduan dalam membentuk suasana rumah yang bercahaya, harmoni dan penuh keberkatan.



Riba dalam Fiqh Muamalat merujuk kepada sebarang pertambahan keuntungan yang diperoleh secara tidak sah dalam transaksi kewangan, sama ada melalui hutang atau pertukaran tanpa nilai pengganti yang seimbang. Islam mengharamkannya kerana riba menzalimi pihak yang lemah, mewujudkan ketidakadilan ekonomi dan menghakis keberkatan rezeki, sebagaimana firman Allah bahawa jual beli dihalalkan tetapi riba diharamkan (Al-Baqarah: 275). Dalam konteks moden, riba dikaitkan dengan faedah pinjaman dan instrumen kewangan konvensional berbunga, maka kewangan Islam menawarkan alternatif yang lebih adil, telus dan berasaskan usaha sebenar.



Bulan Syaaban ialah gerbang menuju Ramadan yang dimuliakan dalam Islam sebagai masa persediaan rohani dan peningkatan amal sebelum tibanya bulan puasa. Rasulullah SAW memperbanyakkan puasa dalam bulan ini. Oleh itu, Syaaban memiliki keutamaan besar sebagai bulan mempersiapkan diri dengan amalan seperti puasa sunat, taubat dan memperbanyakkan ketaatan, agar memperoleh ganjaran dan memasuki Ramadan dengan iman serta kesungguhan.



Amalan yang paling berharga bukan diukur semata-mata melalui banyaknya perbuatan, tetapi melalui ketepatan niat, kesungguhan pelaksanaan serta kesan positif yang ditinggalkan kepada diri sendiri dan orang lain. Menunaikan tanggungjawab secara konsisten, berbakti kepada ibu bapa dengan penuh kasih sayang, serta berusaha menyumbang kepada kebaikan masyarakat mencerminkan tahap kesedaran dan keikhlasan seseorang. Setiap perbuatan yang membawa manfaat kepada orang lain dan mengukuhkan ikatan sosial akan meninggalkan kesan yang berpanjangan dalam membina komuniti yang harmoni dan bertanggungjawab. Apabila nilai-nilai ini dijadikan asas dalam kehidupan seharian, masyarakat akan menjadi lebih peka, saling menghormati dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran, sekali gus menjadikan setiap individu penyumbang kepada kesejahteraan bersama yang berterusan dan bermakna.



Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan antara mukjizat terbesar yang dianugerahkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW, sehingga satu surah dalam al-Quran dinamakan Surah al-Isra sebagai bukti keagunganNya. Perjalanan luar biasa ini bukan sekadar kisah sejarah, malah mengandungi kronologi Israk mikraj yang sarat dengan hikmah dan pengajaran mendalam bagi mereka yang memahami dan menghayatinya. Setiap fasa perjalanan tersebut menuntut keimanan, ketaatan serta keyakinan penuh kepada Allah SWT, khususnya dalam menegakkan ibadah solat sebagai tunjang kehidupan. Menginsafi makna Israk dan Mikraj ketika melangkah ke tahun baharu, umat Islam diajak untuk bermuhasabah, memperbaharui azam, dan menjadikan perjalanan hidup sebagai satu rehlah rohani yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.



Peristiwa Mi‘raj menguji sempadan akal manusia dan kedalaman iman seorang mukmin. Dalam satu malam, Rasulullah ُï·º diperjalankan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, lalu dimi‘rajkan menembusi tujuh lapisan langit. Suatu perjalanan yang tidak masuk akal menurut logik biasa, namun diterima sepenuh hati oleh iman yang yakin kepada kekuasaan Allah. Firman Allah SWT: “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa…” (Surah Al-Isra’ : 1) Melalui peristiwa ini juga, Allah memuliakan solat sebagai hadiah tertinggi kepada umat Muhammad, mengingatkan bahawa hubungan dengan Allah tidak diukur dengan logik semata-mata, tetapi dengan kepatuhan dan kepercayaan. Di era moden yang mengagungkan sains dan rasional, Mi‘raj datang sebagai mesej: tidak semua yang benar mesti dapat dibuktikan oleh akal, tetapi semua yang datang daripada Allah pasti benar.



Talhah bin Ubaidillah (Arab: طلحة بن عبيد الله) ialah sahabat Nabi Muhammad SAW yang sangat masyhur dan termasuk dalam 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga (Al-‘Asyrah Al-Mubashsharah).



Sejarah membuktikan sikap buruk bangsa Yahudi, serta memberi iktibar dan motivasi kepada umat Islam sepanjang zaman selepas itu bahawa mereka mampu dikalahkan. Sepanjang kurun silam kebejatan mereka kekal menonjol melalui proses indoktrinasi Zionisme hingga akhirnya terbentuknya entiti haram Israel di wilayah Palestine. Konflik Gaza terbaharu sewajarnya membuka mata warga dunia betapa nilai manusiawi hanya debu di tapak kaki pendokong Zionisme. Episod ini membawakan pengajaran Sirah Nabawiyah dalam konteks pengkhianatan kaum Yahudi Madinah serta mengulas perkembangan terbaharu Gaza dan masa hadapan, serta bagaimana tragedi Hind Rajab berjaya menarik simpati dan sokongan dunia kepada Palestine yang ditindas.



Hak dalam hidup seorang Muslim perlu difahami secara seimbang dan realistik. Islam tidak menuntut manusia berada dalam satu keadaan ibadah yang berterusan sehingga mengabaikan keperluan hidup. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW ketika menenangkan Hanzalah RA melalui sabdanya: « ًÙˆ َ سَاعَØ©ً سَاعَØ© », menunjukkan bahawa ada masanya untuk ibadah dan pengisian iman, dan ada masanya untuk keluarga, pekerjaan serta urusan dunia. Keseimbangan inilah yang memastikan setiap hak ditunaikan tanpa melampau atau cuai, seterusnya membentuk kehidupan Muslim yang sihat, adil dan diberkati.



Kebaikan dan kebahagiaan sejati bukan hanya diukur melalui harta dan gelaran tetapi melalui cara seseorang membina hubungan dengan diri sendiri dan orang lain, menjaga batas yang wajar dan menjauhi perkara yang dilarang supaya diri dan masyarakat sentiasa selamat dan bermaruah, menerima apa yang Telah diberikan dengan hati yang redha supaya rasa syukur dan kepuasan wujud dalam diri, berbuat baik kepada jiran dan orang sekeliling bagi memupuk kepercayaan, keamanan, dan perpaduan dalam komuniti, mengasihi orang lain seperti mengasihi diri sendiri supaya nilai empati, hormat, dan kerjasama menjadi asas dalam hubungan sosial, serta mengawal tingkah laku dan emosi termasuk mengelakkan ketawa berlebihan yang boleh melemahkan kesedaran dan kepekaan hati supaya setiap individu mampu.







Setiap keturunan anak Adam melakukan dosa dan kesalahan dan yang sebaik-baik antara mereka adalah yang bertaubat kepada Allah SWT. Salah satu cara memohon keampunan daripada Allah SWT adalah dengan beristighfar. Allah SWT berfirman di dalam Surah An-Nasr yang bermaksud maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.



Talbis dan ghurur sering hadir tanpa disedari, menghiasi kesalahan seolah-olah kebenaran dan menenangkan hati yang sedang alpa. Ia membuat manusia merasa selamat dalam dosa, yakin pada pilihan yang salah, lalu menjauhkan diri daripada muhasabah. Kesedaran dan ilmu menjadi benteng utama agar hati tidak mudah diperdaya. Dengan mengenali hakikat talbis dan ghurur, kita belajar untuk lebih berhati-hati, jujur pada diri sendiri dan sentiasa kembali kepada kebenaran.



Surah Al-Hasyr ayat 18-21 adalah peringatan penting agar umat Islam melakukan muhasabah secara rutin, mempersiapkan amal untuk Hari Akhirat, dan takut kepada Allah, sebelum dihisab pada Hari Kiamat; ayat ini menyeru agar setiap Muslim melihat kembali perbuatannya, lebih baik hari ini daripada semalam, dan memastikan amalannya diterima, memanfaatkan waktu sebelum kematian tiba.



Memaafkan ibu dan ayah bukanlah perkara mudah, namun ia adalah langkah besar menuju ketenangan jiwa. Setiap keluarga melalui ujian dan tidak semua luka dapat dilihat dengan mata. Dalam proses memaafkan, kita belajar memahami, menerima dan berdamai dengan masa lalu. Maaf bukan bermakna melupakan, tetapi memilih untuk tidak terus terikat dengan kesakitan. Apabila hati dilepaskan daripada dendam, hubungan dapat dipulihkan dan kehidupan menjadi lebih lapang dan bermakna.



Kebajikan dan keadaban individu memberi kesan langsung kepada keharmonian dan kestabilan komuniti. Apabila setiap orang menanam nilai keadilan, kasih sayang, kepedulian, dan tanggungjawab dalam tindakan harian mereka, masyarakat menjadi tempat yang aman, saling menghormati, dan penuh sokongan antara satu sama lain. Sikap ini bukan sahaja membina kepercayaan dan perpaduan dalam komuniti tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi akan datang untuk mengekalkan integriti, maruah, dan kesedaran sosial. Kehidupan bermasyarakat yang berlandaskan nilai-nilai ini mencerminkan keindahan hubungan manusia, memupuk rasa empati dan hormat serta menjadikan setiap individu sebagai penyumbang kepada kesejahteraan kolektif yang kekal dan bermakna.



Kebahagiaan dan keharmonian sejati bukan sahaja bergantung kepada kemajuan material atau status sosial, tetapi lebih kepada pembentukan nilai dan akhlak dalam diri setiap individu yang menjadi asas hubungan antara satu sama lain. Masyarakat yang kukuh terhasil daripada orang-orang yang adil dalam percakapan dan tindakan, menanam disiplin dan tanggungjawab sejak muda, menjaga tempat dan ruang ibadah sebagai simbol kesedaran rohani, serta menegakkan kasih sayang ikhlas yang merentasi latar belakang dan perbezaan. Kekuatan moral untuk menolak godaan yang merosakkan martabat diri dan komuniti, amalan memberi tanpa riak, serta keinsafan diri yang melahirkan kerendahan hati, kesyukuran, dan toleransi, membentuk suasana masyarakat yang aman, saling prihatin, dan tabah menghadapi cabaran. Apabila setiap individu menyemai nilai-nilai ini, masyarakat bukan sahaja hidup dalam keamanan fizikal, tetapi juga mengalami kesejahteraan rohani, memperkuat ikatan sosial, dan mencipta generasi masa depan yang berintegriti, bertanggungjawab, dan mampu menghadapi ujian zaman dengan penuh keyakinan.



Fenomena anak yang menguasai rumah sendiri menandakan perubahan dramatik dalam hubungan dengan ibu bapa, di mana kasih, ketaatan, dan hormat digantikan oleh tuntutan dan pengaruh ego anak. Kerosakan adab muncul akibat pengaruh budaya moden yang menyanjung kebebasan mutlak, pendidikan tanpa nilai dan kasih seimbang, serta pemujaan harta dan kuasa, sehingga ibu bapa sering diperlekeh, dibebani emosi, dan dipinggirkan walaupun setelah pengorbanan membesarkan anak. Anak menentukan keputusan, masa, dan kehendak keluarga, dipengaruhi oleh globalisasi dan gaya hidup luar, menyebabkan struktur keluarga dan hierarki moral terbalik. Seruan kepada kasih, adab, dan tanggungjawab menekankan pentingnya pendidikan nilai sejak kecil supaya anak membesar dengan rasa hormat, rendah diri, dan keluarga kembali harmoni serta seimbang.



Idah sering difahami sekadar tempoh menunggu selepas perceraian atau kematian suami. Namun hakikatnya, idah adalah rahmat dan perlindungan emosi yang Allah tetapkan buat wanita, bukan hukuman. Ia menjadi ruang menenangkan jiwa, menyusun kembali kehidupan, serta memelihara maruah, nasab dan kesejahteraan sosial. Allah berfirman: “Dan perempuan-perempuan yang diceraikan hendaklah menunggu (menjalani ‘iddah) selama tiga kali suci.” Hikmah Idah akan menyelami hikmah di sebalik pensyariatan idah: bagaimana Islam mendahulukan kesihatan emosi wanita, memberi masa untuk proses penyembuhan luka, dan mendidik masyarakat agar menghormati fasa duka serta peralihan hidup seseorang.


Perbincangan tentang mukjizat al-Quran ini menonjolkan bagaimana kalam Allah memberi kesan luar biasa bukan sahaja kepada orang beriman, tetapi juga kepada mereka yang menentang kerasulan Nabi s.a.w. Riwayat menunjukkan musyrikin Quraisy seperti Abu Jahal turut tersungkur sujud ketika mendengar Surah an-Najm, Utbah bin Rabi'ah menutup mulut Nabi kerana takut tersentuh kebenaran Surah al-Fussilat, dan Hakim bin Hizam menggigil ketika mendengar ayat Surah at-Tuur. Bahkan tiga pemuka Quraisy iaitu Abu Jahal, Abu Sufyan dan al-Akhnas sering mencuri dengar bacaan al-Quran pada malam hari, manakala al-Walid al-Mughirah sendiri mengakui kehebatannya walaupun tetap kufur. Jika hati yang keras pun tergetar, apatah lagi mereka yang beriman seperti digambarkan dalam Surah al-Anfal ayat 2. Namun, realiti hari ini menyedihkan: kita memiliki al-Quran sebagai peta, kompas dan GPS kehidupan tetapi tetap hidup seperti pengembara yang sesat kerana mengabaikan petunjuknya.







                                                                                                    Isi Kandungan