Monday, October 5, 2020

Juzuk Ke 2 - My #QuranTime




Juzuk Ke 2 My #QuranTime 


   - 070720 - Episod 30 - Surah al-Baqarah (2: 142 - 145) m/s: 22

Antara perkara penting yang dapat kita ambil dari Surah al-Baqarah ayat 142-145 halaman 22 ini adalah: 

* Pendahuluan pengalihan kiblat (142-143) 

* Pengalihan kiblat (144-145) 

Tindakan yang boleh dilaksanakan daripada ayat 142-145 halaman 22: 

* Ikut cakap Allah lebih penting daripada ikut cakap manusia semata-mata (142) 

* Pastikan apa yang dilaksanakan adalah pertengahan, bukan ekstrem (143) 

* Jaga identiti sebagai seorang Muslim dan jangan suka menyerupai orang tidak bertauhid (144) 

- 080720 - Episod 31 - Surah al-Baqarah (2: 146 - 153) m/s: 23

Antara perkara penting yang dapat kita ambil dari Surah al-Baqarah ayat 146-153 halaman 23 ini adalah: 

* Pengalihan kiblat (146-147) 

* Perselisihan tentang kiblat dan sebab-sebab pengalihannya (148-152) 

* Sabar atas cubaan (153) 

Tindakan yang boleh dilaksanakan daripada ayat 146-153 halaman 23: 

* Jangan menyembunyikan kebenaran (146) 

* Cari ilmu tentang kebenaran ajaran Rasul agar hilang keraguan (147) 

* Jauhi membangkang, segera buat kebaikan (148) 

* Banyakkan ingat Allah untuk manfaat diri sendiri (152)

- 090720 - Episod 32 - Surah al-Baqarah (2: 154 - 163) m/s: 24

  Antara perkara penting yang dapat kita ambil dari Surah al-Baqarah ayat 154-163 halaman 24 ini adalah: 

* Sabar atas cubaan (154-157) 

* Saie antara Safa dan Marwah dan hukum atas penyembunyian ayat-ayat Allah (158-162) 

* Keesaan Tuhan, kasih sayang-Nya dan tanda-tanda kekuasaan-Nya (163) 

Tindakan yang boleh dilaksanakan daripada ayat 154-163 halaman 24: 

* Ada ujian? Sabar dengan mengucapkan istirja' (155-156) 

* Buat kebaikan sebaik mungkin walaupun kecil kerana balasannya besar dari Allah (158) 

* Jangan sembunyikan kebenaran untuk elak dilaknat (159-163)

 - 100720 - Episod 33 - Sesi Ulangkaji 1, Minggu Ke 5, Surah al-Baqarah (2: 127-145) m/s: 20-22. Turut sama berkongsi ilmu ialah Tokoh Ilmuwan - Ustaz Safri Muhammad Zein, Ketua Bahagian Penyelidikan & Pembangunan MY #QuranTime

  - 110720 - Episod 34 - Sesi Ulangkaji 2, Minggu Ke 5, Surah al-Baqarah (2: 146-163) m/s: 23-24. Turut sama berkongsi ilmu ialah Tokoh Ilmuwan - Ustaz Wan Ainuddin Hilmi Abdullah, Johan Tilawah Antarabangsa 2016

  - 120720 - Episod 35 - Surah al-Baqarah (2: 164 - 169) m/s: 25

 Antara perkara penting yang dapat kita ambil dari Surah al-Baqarah ayat 164-169 halaman 25 ini adalah: 

* Keesaan Tuhan, kasih sayang-Nya dan tanda-tanda kekuasaan-Nya (164) 

* Keadaan kaum musyrikin bersama tuhan-tuhan mereka (165-167) 

* Penghalalan barang-barang yang baik dan sumber pengharaman benda-benda yang haram (168-169) 

Tindakan yang boleh dilaksanakan daripada ayat 164-169 halaman 25: 

* Perhatikan alam untuk meningkatkan rasa kebesaran pada Allah (164) 

* Semak apakah kecintaan kita pada Allah lebih dari segalanya (165) 

* Jadikan pengikut yang sedar kebenaran (167) 

* Pastikan makanan setiap hari halal dan baik (168)

 - 130720 - Episod 36 - Surah al-Baqarah (2: 170 - 176) m/s: 26

Antara perkara penting yang dapat kita ambil dari Surah al-Baqarah ayat 170-176 halaman 26 ini adalah: 

* Penghalalan barang-barang yang baik dan sumber pengharaman benda-benda yang haram (170-171) 

* Makanan yang halal dan yang haram (172-173) 

* Kaum ahli kitab menyembunyikan apa yang diturunkan Allah (174-176) 

Tindakan yang boleh dilaksanakan daripada ayat 170-176 halaman 26: 

* Ikut al-Quran dan as-Sunnah, bukan kepercayaan orang terdahulu (170) 

* Cari ilmu agar melaksanakan atau meninggalkan sesuatu itu adalah berdasarkan ilmu (171) 

* Sampaikan kebenaran biarpun ia memberi kesan kepada dunia kita (174)








Isi Kandungan